Ahad, 14 Februari 2010

SAHABAT AKIDAH 2/2010

Alhamdulillah, kursus ke 2 untuk tahun 2010 telah berjaya dilaksanakan pada 9-11 Februari 2010. Kali ini pesertanya ialah remaja dari Felda Wilayah Kuantan seramai 90 orang, kebanyakannya adalah mereka yang sedang menunggu keputusan SPM. Sebetulnya ada kisah menarik mengenai peserta yang datang ke PPA kali ini. Saya yakin ada di antara adik-adik peserta kursus tersebut yang baca kisah yang saya tulis ni…takpe la ye, bukan untuk tujuan yang tidak baik tetapi kita sebagai manusia mesti mengambil iktibar bahawa setiap perkara itu pasti ada hikmah yang diatur di bawah kekuasaanNya jua.

Saya tidak bersama-sama peserta pada hari pertama mereka datang kerana menghadiri Mesyuarat Pemantauan Perbelanjaan Mengurus JAKIM, Bahagian-Bahagian dan PTJ. SAHABAT AKIDAH semuanya berkemampuan mengendalikan kursus sendiri. Hari ke 2 baru saya dapat bertemu dengan peserta iaitu untuk aktiviti KEMBARA. Melihat kepada sebilangan kecil peserta buat saya rasa sedikit ‘cuak’…apa taknya ada yang tak bawak kasut, ada yang pakai seluar paras keting…isy…isy…isy…kenapa macam ni pulak style peserta kali ni…akhirnya barulah saya tahu bahawa semua remaja yang datang dari Felda Wilayah Kuantan ni tidak dimaklumkan pun ke mana sebenarnya mereka akan pergi, sebab urusetia di sana buat ‘dummy’ sikit bagitau peserta bahawa mereka akan dibawa berjalan-jalan…ala-ala melancong la jugak. Motifnya bak kata Ustaz Megat…kalau dimaklumkan kepada peserta yang mereka akan menjalani Kursus Kefahaman Akidah di Pusat Pemantapan Akidah, kot-kot tiada sambutan dan tak ramai yang nak join…tu sebab yang jadi ‘dummy’ tu.


Mengikut cerita SAHABAT AKIDAH yang lain, peserta nampak macam agresif sikit waktu mula-mula sampai…terkejut…terperanjat…tak sangka…rasa marah…”ha!! Pusat Pemantapan Akidah!!”, “eh…sama dengan nama aku la” (ada seorang peserta namanya Akidah)…dan macam-macam feel budak-budak ni. Sebab rasa tak puas hati, ada yang buat muka selamba macam tak dengar je apa yang disampaikan oleh SAHABAT AKIDAH semasa sesi pendaftaran dan taklimat. Mula-mula dengar tu saya rasa macam ‘benggang’ sebab urusetia buat begini…ye la…sampai ada peserta wanita yang tak bawak baju kurung…susah la macam ni…tapi takpe la…dah begitu keadaannya…ini SAHABAT AKIDAH anggap sebagai cabaran.

Namun siapa sangka ye…hari akhir kursus sewaktu KAMI buat rumusan dan beri peluang kepada semua fasi SAHABAT AKIDAH menyampaikan ucapan akhir…suasana cukup syahdu pulak…mungkin sebab ABI pasang muzik latar lagu nasyid yang meruntun jiwa kot…ditambah dengan kata-kata SAHABAT AKIDAH yang alunannya agak emosi sedikit. Terpaksalah saya akhiri ucapan dengan membawa semula peserta gembira dan tersenyum dengan cerita ‘Rahim dapat kahwin dengan anak orang kaya’…hehe jangan marah ye Rahim. Salah seorang SAHABAT AKIDAH (bukan saya tapi orang lain) ada menerima sms dari salah seorang peserta yang menyatakan bahawa dia menangis di sepanjang perjalanan dari PPA ke rumahnya’ mungkin sebab terharu? atau mungkin teringatkan SAHABAT AKIDAH tu kot? Kalau baca skrip ni jangan marah ye…gurau je…

Dalam usaha mencapai kejayaan…ada kalanya kita dipaksa untuk melakukan sesuatu yang hasilnya nanti adalah kegemilangan. Dulu kita tak minat belajar tapi mak ayah paksa jugak…akhirnya kita dah jadi insan berguna…kita tak minat jadi cikgu tapi emak ayah paksa jadi cikgu jugak…lama-lama baru kita dapat rasakan bahawa paksaan itu ada hikmahya. Ada juga yang tak nak masuk sekolah agama tapi keluarga paksa jugak, akhirnya jadi manusia hebat.

Dalam masa yang sama, bukan semua yang dipaksa itu hasilnya kejayaan, ia berkaitan juga dengan keadaan diri kita yang dipaksa ni samada bersedia untuk mengubah takdir dari yang buruk kepada yang lebih baik…tetapi kadang-kadang paksaan itu perlu. Sama macam kisah Rahim…(sori Rahim guna nama untuk buat jalan cerita), ditolak ke dalam kolam… ‘lebih kurang macam kena laksanakan sesuatu sebab orang tolak sedangkan kita pun belum bersedia’…namun akhirnya dapat kahwin dengan anak orang kaya.

Buat adik-adik peserta yang membaca tulisan ABI ni…teruskan usaha untuk menjadi manusia cemerlang…kerana tiap sesuatu itu pasti datangnya dari hati…dan hati itu mestilah suci dan bersih serta perlu dijaga sebaiknya…IBARAT MENJAGA TELUR AYAM YANG DIBUNGKUS DALAM SURAT KHABAR…JANGAN BIARKAN IANYA PECAH…BILA DAH PECAH LANGSUNG TAK DAPAT DIMANFAATKAN…FIKIR-FIKIRKAN.

0 ulasan: