Ahad, 25 April 2010

KURSUS KEPIMPINAN DAN KEFAHAMAN AKIDAH WARGA POS MALAYSIA


Alhamdulillah, pada 9-11 April 2010 yang lalu, Pusat Pemantapan Akidah (PPA) dengan kerjasama Bahagian Dakwah dan Pos Malaysia telah melaksanakan program seperti yang dinyatakan di atas. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Saya secara peribadi pada peringkat awal terasa amat gusar (sebenarnya kegusaran itu berterusan sehingga tamat kursus) dengan beberapa keadaan yang terjadi sepanjang kursus tersebut berjalan.

1. GUSAR 1 : Ketibaan peserta lewat dari yang dijadualkan. Sepatutnya mengikut perancangan, jam 5.30 dah boleh mula sesi taaruf, tapi waktu tersebut peserta baru sampai, nak minum petang dan solat asar lagi, mana mungkin taaruf dalam dalam dijalankan pada petang itu. Saya sebagai Ketua Fasilitator kena ubah plan buat taklimat selepas Solat Maghrib dan taaruf jam 9.00 malam.

2. GUSAR 2 : Sesi taaruf sepatutnya diadakan jam 9.00 malam, tapi malam tu jam 9.45 baru dapat mula, mana sempat nak buat 3 atau 4 aktiviti yang dah siap saya rancang pada petang tu…akhirnya dapat buat 1 aktiviti je dan terus pada pembentukan kumpulan. Secara jujur saya tidak berpuas hati kerana apa yang saya rancang tidak dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

3. GUSAR 3 : Pagi-pagi lagi hujan dah turun, masyaAllah, macam mana nak kembara masuk semak ala-ala hutan belukar ni, confirm jalan licin dan berlumpur, bincang punya bincang dengan Penguasa dan team Sahabat Akidah, sampai ada plan B, C dan seterusnya, masih berkira-kira samada nak teruskan kembara atau sebaliknya. Urusetia Pos, Tuan Haji Yusof kata kena teruskan juga kerana semua peserta dah bersemangat untuk Kembara walaupun hujan dan kami buat kesepakatan untuk meneruskan dan segala risiko yang berkemungkinan akan berlaku adalah dalam tanggung jawab bersama. Jam 9.30 lebih hujan berhenti, Alhamdulillah, Kembara akan tetap diteruskan.

4. GUSAR 4 : Se awal Kembara, abang Fadhil, ketua kumpulan yang paling akhir ditimpa musibah, Inna Lillah…tangannya sedikit terkehel…suspen + gusar + gundah gulana…

5. GUSAR 5 : Trek Kembara…Masya Allah…sepanjang saya di PPA, inilah trek yang paling mencabar kerana laluannya yang licin dan berlumpur…Alhamdulillah, warga Pos semua semangatnya kental, jiwanya besar, daya ketahanannya tinggi, akhirnya Kembara berjaya disudahkan…Alhamdulillah PUAS HATI…dah tak GUSAR lagi.

6. GUSAR 6 : Mengikut perancangan, dalam Kembara ni akan ada tugasan di setiap check point, tapi disebabkan hujan dan masa yang agak terbatas, tugasan tersebut tidak dapat dilaksanakan dan plan pun terpakar bertukar lagi. Team Sahabat Akidah ambil kesepakatan untuk membincangkan tugasan Kembara itu semasa slot Azam Janji yang akan diadakan pada hari terakhir kursus.

7. GUSAR 7 : Sebelah malamnya diadakan slot warkah Iman sebagai salah satu slot muhasabah diri. Awal-awal lagi ada peserta yang minta pada kami untuk tengok bola sebab malam tu final Piala FA, Negeri Sembilan vs Kedah.

8. GUSAR 8 : Hari terakhir kursus, Alhamdulillah tak banyak sangat yang menggusarkan hati, cuma untuk slot Azam Janji yang kami laksanakan tugasan Kembara, masanya tidak mencukupi dan tak berapa sempat nak cover semua. Sedang rancak berbincang bersama ahli kumpulan, dah nak buat majlis penutup, sampaikan untuk kumpulan saya tu, tak sempat pun nak beri borang Azam Janji dan Penilaian.

RUMUSAN : Walaupun secara keseluruhan program berjalan lancar, namun jauh di sudut hati dan sanubari rasa, perasaan GUSAR tetap ada kerana saya dan Sahabat Akidah tak dapat nak cover beberapa pengisian yang sepatutnya kami laksanakan. MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG, HANYA ALLAH YANG MENENTUKAN. Moga kursus ini ada manfaatnya dan memberi kesan kepada yang menyertainya. Terima Kasih Team Sahabat Akidah, Terima Kasih Urusetia Dakwah + KESUMA, Terima Kasih Urusetia Pos Malaysia…juga tidak lupa…Semua Peserta Kursus Kepimpinan dan Kefahaman Akidah.

Bersama ini beberapa foto menarik, tapi sayang gambar dalam hutan semasa Kembara tiada dalam simpanan lensa kami. GUSAR lagi ye...
































0 ulasan: